Sunday, December 19, 2010

LOGO GIATMARA



HURAIAN LOGO GIATMARA.


LAMBANG GEAR
Merupakan sebuah institusi latihan kemahiran yang dinamik berada di bawah naungan MARA.
 
 
PERKATAAN GIATMARA
Melambangkan kegigihan dan kegagahan dalam melaksanakan segala aktiviti yang diamanahkan bagi membela masyarakat bumiputera.

 
TULISAN JAWI
Melambangkan kesinambungan imej identiti kecemerlangan GIATMARA & ciri-ciri keIslaman.
 
 
 WARNA KUNING
Murni dan berinisiatif selari dengan inspirasi MARA membela masyarakat bumiputera.

 
WARNA MERAH
Serba boleh dan berani mara ke hadapan untuk meneroka peluang -peluang baru.
 
 
WARNA BIRU
Komited dan berwawasan sebagai Badan Amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat maruah serta mertabat bangsa.

 

Saturday, December 18, 2010

TEKNOLOGI SISTEM KOMPUTER

 
Hari nie aku nak share tentang kursus Teknologi sistem komputer yang aku ikuti di Giatmara Kuala Lumpur nie.... kursus nie memakan masa 6 bulan sahaja tetapi sepenuh masa.... waktu pembelajaran adalah dari pukul 8.00pagi sehingga 5.00 petang.... jadual pembelajaran adalah sama seperti di sekolah... tapi mempunyai pengisian2 lain seperti sukan & kerohanian....

kelebihan Giatmara adalah segala kos pembelajaran ditanggung oleh MARA.... cuma yuran pendaftaran rm1***.**(bergantung kepada kursus & pusat giat).... sepanjang 6 bulan pelatih akan diberi alaun rm200 sebulan... kursus ini terbuka kepada bumiputra dalam lingkungan umur 15-40 tahun.... sila lah memohon seandainya berminat... sesi jan-jun & julai-dec setiap tahun....
 
 
 
 
 



Tenaga pengajar GIATMARA Kuala Lumpur
Teknologi Sistem Komputer





CIKGU LINDA








 
Kawan Baik

Salam semua…

Hari ni aku nak tulis tentang Kawan Baik pulak,dah tentu semua rakan-rakan yang sedang membaca entri ni ramai Kawan Baik kan ?..So hargailah Kawan Baik anda tak kira la sama ada senang atau susah yer.


Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .

Kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.

Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.

Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.

Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya.

Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik .

Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai Kawan Baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita hendak mendapat kawan baik yang baik, kita mestilah terlebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik!
Kita kawan kan? 
 

sahabat by shanedavid (lirik)